5.9.14

new world

setiap perkara yg berlaku ada hikmah nya. aku percaya benda tu. aku percaya Allah arahkan aku ke jalan ni untuk kebaikan aku sendiri. walaupun perubahan tu masih lagi tak dapat aku terima. namun segalanya perlukan masa. pernah terdetik di hati, "bila aku akan berubah?" "kalau aku berubah sekalipun dapat ka aku teruskan?" "boleh aku hadap cabaran2 sekeliling aku?"

Allah itu Maha Mengetahui. mungkin Allah tahu akan niat aku dan mendengar doaku walaupun tidak selalu aku meminta kepada-Nya. oleh kerana aku tidak mampu (atau lebih tepat aku takut) untuk melakukan perubahan itu secara sendiri, maka Allah bantu aku dengan memberikan aku persekitaran yg dpt membantu aku untuk mencapai matlamat tersebut.

dah puas aku berseronok tanpa aku fikir akibatnya selama bertahun2. aku hanyut... aku lupa... hidayah yg diberikan kepada ku sering kali aku abaikan dan tidak aku pedulikan. kini peluang tu ada kat depan mata. takkan aku biaq cmtu ja? aku tak pasti cabaran yg bakal aku hadapi nnti. sejujurnya mmg aku takut. aku takut aku tak dapat teruskan.



untuk melalui kemanisan dan kebahagian aku patut rasa kepahitan dan kesukaran dulu kan? insyaAllah suatu hari nanti.