15.5.13

pernah terfikir?

assalamualaikum~ salam sejahtera~ ♪ ♬

haa. pernah terfikir nak update blog ni lepas habis LI nnt. sbb mcm xda msa sgt la. aceyceycey. konon xda masa. malas ja sebenarnya. penat kerja. ada 2 3 bnd dah set dlm minda ni nk update pasal apa. xsabar nk menaip, jadi mari mulakan walaupun aku dah mulakan. emm. -,-

tajuk pernah terfikir tu bkn la pasal update blog ni. tpi bnd lain. lately, aku salu tgk cita pasal parents "pergi" meninggalkan anak-anak dia. msa tu aku tgk ngn mak aku. tak tipu. sebak rasa. air mata ni bergenang. tpi tahan la kan. satg mak aku plek plak ttba nangeh tgk cita. :3

cita tu kisah dia cani la. dia tu study jauh skit dri umah. bapak dia sakit. msa dia dkat U, bapak dia meninggal. dia xsmpat nk mntk maaf ngn bapak dia. sampai2, dah kapankan. dia tu anak yg baik la. dugaan.

so, apa yg buatkan aku sebak ialah. semua pn taw aku ni study kat melaka. rumah aku kat kedah. perjalanan tu amik masa dlm 7-8 jam baru smpai. aku terfikir, kalau masa aku kat melaka atau mana2 yg jauh dri umah, apa-apa jdi kat parents aku, smpat ka aku jmpa buat kali terakhir?

takdir yg dah Allah tentukan kita tak pernah taw. aku rasa sebak gila bila cita pasal ni. kita sndri sedar yg kita ni byk buat salah ngn parents kita. and yet kita susah nk mntk maaf. aku mengaku la. aku mmg nk mntk maaf ngn parents aku. tapi susah. knpa? sbb tak biasa kan? mmg. tak dipraktikkan dari dulu, jdi bla dah besar rasa awkward. sedih.


tiap kali sblm tidur mst aku terfikir. esok Allah masih bagi aku peluang utk hidup tak? mcm mna dgn mak ayah aku? aku tak nak tgk mak ayah aku terbaring kat situ tanpa sempat aku kata apa2 kat depa. hati ni rasa sayu & sedih ja bila terfikir semua tu. aku tak rasa aku mampu hadap semua tu.

pernah tak kita fikir yg Allah tu bole amik apa yg kita sayang bila-bila masa yg Dia nak? pernah tak kita fikir betapa sunyinya hidup ni tanpa mak ayah kat sisi kita? mmg tak semua kekal di dunia ni. tpi aku tak nak hilang apa yg aku sayang dlm rasa menyesal.


aku cuba sehabis boleh utk tak sakitkan hati mak ayah aku. dulu aku taw mak aku pernah nanges sbb anak dia. aku nanges bila tgk mak aku sedih. aihh. tak henti-henti plak menitik air mata ni. aku cuba yg terbaik utk happy kan mak ayah aku. aku dh kecewakan depa byk sgt masa umur aku belasan tahun dulu. sekarang aku tak nak susahkan hati depa lgi.

pernah kita terfikir berapa byk kali dah kita sakitkan hati mereka? pernah kita terfikir betapa susahnya mereka nak besarkan kita? pernah kita terfikir berapa byk wang mereka dah habiskan kat kita? pernah kita terfikir yg esok bukan sesuatu yang pasti?


walaupun aku cakap semua ni, tapi aku still tak mampu nak cakap "mintak maaf atas segala kesalahan ami selama ni kat mak & ayah" depan2 mak ayah. moga Allah bagi aku kesempatan utk balas jasa mereka selama ni. aminnnn.

lindungilah mereka Ya Allah. :')


no doubt ayah aku hensem. mak aku lawa kannnnnnnn.
ayah dulu gelaran dia jalaluddin hassan ouw~ k bye.

takmo sedih2 k? :)

assalamualaikum
-FISYA-